Program Perasmian Penutup Gotong Royong Bersama KSRSMEO Batu Arang pada 25 May 2011

7:31 PM Edit This 0 Comments »
sentuhan terakhir untuk menyiapkan gelanggang bola bocce bersama KSRSMEO

Kak Yong dan Mak Nab orang kuat pencetus dan penggerak program kerja amal ini
barisan AJK wanita KSRSMEO menunggu ketibaan Dato' Mohd Rashid Abd. Wahab untuk Majlis Perasmian 10.30 pagi

AJK Lelaki juga tidak ketinggalan menunggu ketibaan Yang Berbahagia Dato'

Dato' dah sampai...disambut dengan tangan terbuka

Majlis Perasmian bermula..

Bacaan doa oleh Imam Zainudin

ucapan dari Pengerusi PDK Batu Arang Encik Azman Yusoff memulakan acara


ucapan perasmian oleh CEO SMEO Dato' Mohd Rashid Abd. Wahab

Dato' menyampaikan elaun JKM bagi bulan May kepada Chit Chai Yee

seronoknya dapat sumbangan..

Kim Yun menerima sumbangan juga~pelatih tertua di PDK Batu Arang

En. Azman menyampaikan cenderahati dari PDK untuk Yang Berbahagia Dato'

Nana dan Hana bergambar kenangan bersama pelatih di rumah di majlis tersebut

Dato' melawat bangunan yg telah dibaik pulih oleh kilang peluru tersebut

gambar kenangan pelatih PDK bersama Dato' dan sebahagian ahli yang menjayakan kerja amal gotong royong tersebut

pokok rambutan di tanam sebagai tanda kenangan dari Dato'

Barisan AJK KSRSMEO tak melepaskan peluang utk bergambar kenangan

saya pun nak bergambar jugak..

doa dibaca..makan pun bermula..

hidangan dari CT Katering dinikmati bersama

ijat..penuh drama...sepanjang program gotong royong...

terima kasih yang tidak terhingga kepada SMEO bersama KSRSMEO di atas segala sumbangan yang diberikan..hanya Allah yang dapat membalasnya..

wajah-wajah ceria dan gembira semasa menikmati hidangan..bila agaknya nak merasa lagi..

semua warga pdk, pelatih, ibu bapa, lebih-lebih lagi petugas yang dua orang tu..walaupun penat tetapi terubat...

Pose terbaik petugas PDK, tapi jangan lupa jaga pokok tuuuu..

Daun Selasih Ikan Puyu, Terima kasih Thank You


terima kasih yang terhingga kepada AJK KSRSMEO lebih-lebih lagi kepada peserta gotong royong yang tidak reti penat lelah memberi khidmat sehingga terlaksana dengan jayanya apa yang dirancangkan..terima kasih semua..!!!!

Lambaian Kaabah

9:01 AM Edit This 0 Comments »
Doakan kami untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah ini buat kali yang kedua..Insyaallah...
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, tanah haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaan Mu dan hamba ini hambaMu dan aku disini berlindung denganMu daripada api neraka. hiaskanlah iman ini di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang beriman lagi bersyukur

Ya Allah, engkaulah teman dalam perjalanan dan engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai. peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya.

Maha Suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah..Selawat sejahtera ke atas Rasulullah SAW..tenang dan damainya nikmat kurniaan Allah~selepas solat zohor di masjid Nabawi

Gambar kenangan berhadapan Bukit Uhud

tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Maha Esa..Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu keampunan dan kesihatan yang sempurna dan jauhilah kami dari bala bencana sama ada pada agama dunia dan akhirat.

kenangan bersama suami di hadapan Gua Hira'

bergambar di hadapan replika pintu kaabah di Muzium semasa program ziarah

saat yang paling sukar ditaksirkan, hanya Allah yang tahu macam mana perasaan. Saat sedih, gembira dan bermacam lagi. sedih kerana terpaksa meninggalkan kota Mekah. Entah-entah ini adalah kali pertama dan terakhir bagiku menatap dan sujud syukur dihadapanNya. Juga gembira untuk pulang berjumpa keluarga tercinta serta sahabat taulan.Bergambar bersama Ross dan Cikgu Saamah~Gambar terakhir di Madinatul Hujjah sebelum bertolak pulang ke tanah air pada 25 Disember 2010

Anugerah Terindah yang Dikecapi

9:05 AM Edit This 0 Comments »
Pada 12 okt sehingga 25 dis , Saya dan suami menunaikan ibadah haji yang pertama, penerbangan KT 09 yang mana telah dirasmikan oleh YDP Agong dan Permaisuri.

Hari pertama melontar~Jamratul Qubra

Keesokan harinya, melontar pada hari yg kedua

Suasana di dalam terowong semasa perjalanan ke tempat melontar

bergambar kenangan bersama Ross selepas melontar

bercukur setelah melontar sebagai memenuh rukun haji

suasana melontar

bermalam di Mudzdalifah, salah satu rukun haji

susana di dataran Masjidil Haram selepas solat Isyak

pandangan di dalam Masjidil Haram
bergambar di antara Bukit Safa dan Marwah. Telekung sumbangan yang diterima semasa perasmian oleh YDP Agong dan Permaisuri

pandangan luar dari luar Masjidil Haram~King Abdul Aziz
Hari pertama mengunjungi kaabah~suasana agak tenang sebab penerbangan dikira awal~KT 09

terpegun melihat Kaabah di depan mata..seakan-akan tidak percayai yang saya berada betul-betul di hadapannya..Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu

pemandangan di bawah payung pada waktu zohor di hadapan Masjid Nabawi~Madinah

suasana sejuk dan nyaman di hadapan Masjid Nabawi selepas Isyak

dengan hati yang penuh keikhlasan, beribadah hanya kerana DIA